Posted on Leave a comment

Resepi Tomyam Thai Campur

Resepi Tom Yam Thai Campur yang Che Nom kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau “nam Khon” berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau “nam sai”.

Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang  masalah.

Selamat mencuba 🙂