
Resepi Tomyam Ayam

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas
Hi Semua, harini Che Nom teringin sangat nk makan bihun goreng tomyam, kadang-kadang kita nak juga rasa sedikit kelainan tetapi rasa masih lagi sedap. Bihun Goreng Tomyam ni memang sangat sedap, masam pedas cukup rasa.. bau aroma dari pes tomyam dan hirisan limau purut memang memikat selera. Sesekali kita ubah selera dari asyik masak bihun yang biasa aja. Wajib cuba ok.
Resepi Tom Yam Thai Campur yang Che Nom kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau “nam Khon” berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau “nam sai”.
Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang masalah.
Selamat mencuba 🙂